Tuesday, April 13, 2010

Utusan Malaysia 14 April 2010 / 29 Rabiul Akhir 1431

DALAM NEGERI

MEB beri tumpuan pembangunan rakyat

KANGAR 13 April – Kerajaan akan memastikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diwujudkan untuk melonjakkan ekonomi negara menjelang 2020 dapat menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.


Ulasan:
Hasrat kerajaan mewujudkan MEB itu untuk menangani masalah jurang pendapatan amatlah dialu-alukan. Tetapi yang menjadi masalahnya, apa yang tidak meyakinkan kami kalangan penoreh-penoreh getah, peneroka-peneroka Felda, tukang kebun sekolah, pengawal-pengawal keselamatan, pemandu-pemandu kereta sewa, pemandu bas kilang, pemandu lori, peniaga pasar malam, orang-orang kampung yang melakukan pelbagai kerja rencam untuk sesuap nasi segelas air ialah terlalu banyak polisi, slogan, motto dan program dibuat oleh kerajaan tetapi hasilnya ....


Hasilnya ialah golongan kaya semakin kaya, semakin bertambah harta dan asset mereka. Orang-orang kaya ini walaupun bilangannya kecil tidak sampai pun satu peratus dari jumlah rakyat Malaysia, tetapi kekayaan yang ada ditangan mereka adalah 20 peratus dari harta kekayaan negara.



Tengoklah harta mereka berjuta-juta, berbillion-billion duit mereka tetap i kamia rakyat biasa penoreh-penoreh getah, peneroka-peneroka Felda, tukang kebun sekolah, pengawal-pengawal keselamatan, pemandu-pemandu kereta sewa, pemandu bas kilang, pemandu lori, peniaga pasar malam, orang-orang kampung yang melakukan pelbagai kerja rencam ini semakin lama semakin terhimpit, semakin terasa kesan-kesan pelaksanaan polisi, slogan, motto dan program dibuat oleh kerajaan.


Inilah yang menakutkan kami, inilah yang menggerunkan kami setiap kali kerajaan mengistiharkan dasar, slogan, motto ataupun program. Itulah yang sebenarnya berlaku, samada kerajaan sememangnya merancang untuk mengenakan kami atau tidak, itulah yang berlaku.


Contohnya pelaksanaan DEB, yang kaya dan menjadi semakin kaya ialah kroni-kroni BNputera bukannya BUMIputera! BUMIputera yang sebenar-benarnya bumipuetra semakin tertindas dan semakin kehilangan hak-hak mereka yang diperkatakan diperjuangkan melalaui DEB. Jadi tidak hairanlah jika ada yang mengatakan jika DEB itu bukanlah Dasar Ekonomi Baru tetapi Dasar Ekonomi BN, iaitu suatu kaedah untuk memperkayakan kelompok atasan PUTERA-PUTERI BN dan beberapa orang anak emas BN.


Begitu juga perancangan pelaksanaan GST tu! Bukankah ianaya satu cara untuk memastikan semua rakyat tanpa terkecuali kena membayar cukai. Secara sepintas lalu ianya nampak adil dan saksama. Tetapi hakikatnya ianya merupakan satu kaedah penindasan dan kezaliman terancang untuk menindas golongan yang berpendapatan rendah yang hendak makan pun terpaksa menghitung duit ditangan, yang berpendapatan tidak sampai pun RM500 sebulan sedangkan harga barangan terlalu mahal!


Mungkin pihak-pihak pembuat dasar tidak terasa masalah harga barangan yang terlalu mahal kerana mereka ada duit banyak, ada duit berguni-guni dapat membeli apa sahaja bahkan dapat membeli apa sahaja barangan tanpa bertanya pun berapakah harganya dan pakai ambik sahaja tanapa menghitung berapa kena bayar tetapi kami, rakyat biasa hanya mampu memakai barangan yang dibeli dikedai bundle, kedai Dua Ringgit! Tetapi kerajaan nak juga kami bayar cukai setiap barangan yang kami beli.

Akibatnya semakin miskinlah kami, semakin berlaparlah kami, mungkin makin ramai kena makan ubi kayu ganti nasi bahkan mungkin terpaksa makan siput babi sebagai lauk seperti yang ditunjukkan dalam program realiti TV "bersamamu" itu!.

Yang untung, yang semakin kaya ialah taukeh-taukeh korporat. Manakan tidak dengan pelaksanaan GST, cukai korporat akan berkurangan dan menjadi rendah. Maka tentunya keuntungan semakin bertambah, maka makin kayalah mereka!

Ah , terlalu banyak hendak diulas dan diperkatakan jika kesemua dasar, slogan, motto dan program hendak dibincangkan disini. Untuk mengetahui lebih lanjut silah lihat profail suara majoriti rakyat malaysia. Itupun hanya sebahagian sahaja yang sempat diulas dan dibincangkan,




Friday, April 9, 2010

Mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di luar Parlimen mencemarkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan

Mengapa Najib umum MEB di luar Parlimen?

Rate This
Quantcast

Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di luar Parlimen seolah-olah tidak mencerminkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Pengumuman Najib itu bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan kerana pengumuman tersebut dibuat di luar Dewan Rakyat,” jelasnya.

Senada dengan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib itu seperti menghina kemuliaan Dewan Rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, Najib sanggup pergi mengumumkan MEB di luar Parlimen, sedangkan beliau berpeluang membentangkan di Dewan Rakyat sekarang.

Dalam pada itu, Majlis Pakatan Rakyat petang tadi menyifatkan MEB menyadur semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib dilihat memuatkan prinsip-prinsip utama AEM dalam ucapannya, semalam.

“Seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM (apabila) Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, peralihan bantuan berasaskan keperluan tanpa mengira kaum,” jelas beliau di Parlimen.

Jelas Anwar, kesemua prinsip tersebut telahpun diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi, dan kemudiannya menjadi manifesto bersama-sama PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu.

Pun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I turut dilihat gagal menjelaskan mekanisme lanjutan untuk mencapai kelapan-lapan inti utama MEB.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya kerajaan seharusnya menyentuh kaedah-kaedah kerajaan menangani isu rasuah, ketirisan, pembaziran, ketidakbebasan mahkamah, polis dan PDRM tidak profesional sebelum memperkenalkan MEB.

Dengan tidak menyentuh beberapa mekanisme tersebut, menurut beliau, mengakibatkan ekonomi negara terus dilihat tidak menentu oleh para pelabur luar.

Akibatnya, menurut Anwar, dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan akan disalahgunakan oleh kroni-kroni tertentu melalui aktiviti pengkorporatan badan tersebut kelak.

“Pengkorporatan akan dilakukan di mana (dana) KWSP akan dipinda pada satu badan tertentu sedangkan tanpa reformasi menyeluruh, bahaya pada (aktiviti) penswastaan,” jelasnya.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa PKR direstui untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai Anwar, Lim dan Abdul Hadi di Pejabat Ketua Pembangkang adalah Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan beberapa pemimpin tertinggi komponen PR.-Harakahdaily

MEB adalah dasar yang jelas menindas rakyat!

PAS bantah MEB hapuskan kuota bumiputra

Rate This
Quantcast

Parti Islam-Se-Malaysia (PAS) terkejut dengan pendedahan pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz yang mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB)yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk kuota bumiputra.

Tahun lepas Perdana Menteri mengumumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi negara dimana Kerajaan menurunkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.

Seterusnya, pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.

Dengan pendedahan Pengerusi MPEN itu, bermakna kuota 12.5 peratus bumiputra dan bukan bumiputra akan terhapus sama sekali. Secara ekonominya, saham-saham syarikat di Malaysia sudah boleh dimiliki oleh pelabur asing 100 peratus.

PAS menganggap MEB adalah dasar yang jelas menindas rakyat dan akan menyebabkan rakyat dinegara ini akan menjadi ‘hamba’ yang berkerja keras untuk kepentingan individu dan pelabur asing dimasa hadapan.Pengkhianatan Umno-Bn yang menghapuskan kuota bumiputra dan bukan bumiputra ini tidak boleh dimaaf.

PAS mencabar ahli Umno dalam Perkasa untuk bangkit menentang dasar ini dan mengembalikan hak bumiputra dan rakyat bukan bumiputra dinegara ini untuk menguasai kuota 30 peratus dan 25 peratus. Pas yakin kalau perkara penghapusan kuota bumiputera ini disuarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat maka akan berlakulah demontrasi jalanan oleh abdi umno dari kalangan NGO dan pembodek umno.

Tetapi apabila yang mengeluarkan idea ini tuan kepada hamba-hamba moden di negara ini, maka suara mufti umno dan Profesor umno macam cicak makan kapur.

PAS yakin bahawa keputusan ini banyak dipengaruhi oleh beberapa pihak lain yang dilantik sebagai perunding atau penasihat Kerajaan Malaysia. Tidak mustahil syarikat-syarikat yang dikuasai Yahudi akan masuk ke negara ini melalui proksi mereka dan mengambil alih aset-aset penting negara seperti POS Malaysia yang sedang dalam proses penjualan sekarang.Jelas dasar yang tidak dibentang di Parlimen ini juga adalah satu dasar yang dipaksakan kepada rakyat dan membelakangi mandat rakyat.

Seharusnya dasar sepenting ini dibentang di Parlimen kerana rakyat mahu tahu kerangka nasional yang ada dalam dasar ini.

Umno-BN dilihat sedang menjual negara dan hilang semangat patriotisme melalui dasar yang menafikan kepentingan rakyat dinegara ini. Malaysia tidak kekurangan pelabur dan pemodal tempatan. Seharusnya kuota itu dikekalkan bagi memberikan peluang kepada mereka agar tidak melabur diluar negara. PAS menolak sebarang usaha untuk menafikan kuota bumiputra dan bukan bumiputra yang jelas menghina kedaulatan negara dan seluruh warganegara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penrangan PAS Pusat